.: AYAT SERIBU DINAR :.

.: AYAT SERIBU DINAR :.
Showing posts with label Birthday Cakes. Show all posts
Showing posts with label Birthday Cakes. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

::Strawberry & Oreo Chocolate Fudge Cake ::


Salam semua..
Kek ni pulak ditempah oleh Pn Azua..satu opis la ngan Cik Suami kat Adtec nih..berbalas balas e mail ngan Azua sumer...jadi lah kek macam kat atas ni..kira double celebration punya kek lahh..untuk mak Azua, Pn Rohimah ngan adik lelakinya, Syafik..celebrate Sabtu lepas kat A&W katanya..
Terima Kasih Azua..
Harap berpuas hati hendaknya..
Jumpa Lagi..
9" Choc. Buttercake + Choc. Fudge + Fresh Strawberry + Oreo Cookies Fondant Alphabet

Testimonial ( via email )
 **************************
Dear Nurul....
Thx for the lovely cake u baked for my mom & lil bro...
Syedapppp...
Yang paling laku is THE STRAWBERRIES....
klau ade facebook leh check it out kat my photos....
Nice dealing with u....


P/S: Pssstt..cantik tak watermark tuh..hehe..

Tuesday, June 1, 2010

::Rich Chocolate Moist Cake (RCMC)::


Kek RCMC ni di tempah oleh Shuhada..senang deal ngan Shuhada..lepas dapat 'ar
ahan' dari Shuhada..buatkan kek RCMC ni dan jumpa kat Sri Muda sebagai pick up point..Lupa lak nak tanya Shuhada untuk majlis apa kek nya ini..takyah tulis apa2 katanya..plain jee..okay..thanks Shuhada.

::Annur Hazwani Is 2 Years::

Tempahan Kek Carrot Walnut oleh Kak Azida untuk anaknya Annur Hazwani yang ke 2 tahun..Ini yang kali ke dua Kak Ida, tempah kek dari Butter and Vanilla..kali pertama untuk hari jadi anak sulungnya Azni Husniyah..Kek ni pun pick up kat stesen minyak Bhp lepas tol gombak, sebab kitaorang semua nak balik kampung memasing..hehe..Kak Ida Balik Mempaga, kita orang balik Mentakab.
Kek Carrot Walnut ( 8" / 1.8 kg ) + Edible Image + Cream Cheese Topping + Fondant Alphabet + Buttercream Decoration

Terima Kasih Kak, Jumpa lagi.

Testimonial ( via FB )
*******************
 Aida..kek carrot bufday ANNUR HAZWANI mmg sangat sedap..yummy..yummy..yummy..maybe next time we can co-op again..thankz a lot..

Tuesday, May 18, 2010

::Thank You::


Chocolate Moist Cake ni ditempah oleh Teacher Rose..pengajar kat ADTEC nih..tempahan melalui Cik Suami..katanya untuk pelajar pelajarnya yang membantunya sempena English Month yang lepas..( Rose..betulkan kalau akak salah ye..)..

Thank You Teacher Rose..
harap semuanya ok ye..semoga berpuas hati..

::Bunga Untuk Cikgu::



Buat kek ni khas untuk hantar kat Pra Sekolah K.Long..Pukul 9 pagi, Abah balik rumah kejap..ambil kek dan hantar terus ke sekolah..Cikgu Maiza pun tanya kat Abah, hari ni hari jadi Aisyah ke? taklah..kek ini untuk cikgu makan makan...dan juga sebagai tanda Terima Kasih untuk semua cikgu di Pra Sekolah..Terima Kasih Cikgu..dan Selamat Hari Guru 2010. Lenguh jugak tangan nak buat roses bebanyak nih..

Sponge Cake + Vanilla Buttercream + Buttercream Filling + Fondant Alphabet

P/S : Teknik basketweave ni saya belajar melalui buku dekorasi kek dan internet..tak berapa kemas..tapi boleh la kan untuk beginners..hehe.

Tuesday, May 11, 2010

::Happy 6th Birthday Azni Husniyah::

Happy Birthday Azni Husniyah..berpeluang berjumpa birthday girl dan keluarga semasa berjumpa di Dataran Merdeka sebagai pick up point..terima kasih Kak Ida sebab mempercayai Nurul..Semoga Azni happy..sebab kek Barbie dengan gambarnya ini akan di bawa ke sekolah untuk diraikan bersama guru dan rakan yang lain..Untuk Azni, Aunty Nurul & Uncle Bob doakan semoga menjadi anak yang solehah dan mendengar kata ibu bapa..

Chocolate Moist Cake + Edible Image + Vanilla Buttercream + Alphabet &Numeric Candle + Smarties Candy

Terima Kasih,
Jumpa lagi..

Testimonial dari Pelanggan (via sms) :
********************************
"Salam.aida.km dh ptg kek smlm.mmg sdp.smua puji ctik n sedap.suami yg xsuka mkn kekpun blk mkn tu,hubby ckp xbbpe manis n sedap.tq"

Thanks Kak Azida..

Thursday, April 22, 2010

::Lagi CMC::

CMC ni tempahan Kak Su, tokey kafe ADTEC..tempahan melalui Cik Suami jugak..mula mula ingatkan kek ni untuk anak dia..pasti suruh tulis words 'Happy Birthday' je..rupa rupanya untuk husband Kak Su..kalau ku tahu..tak letak lah bebunga pink tuhh..hadoii..harap Kak Su suka lahh ye..lain kali order lagi..hihi.

::CMC lagi..::

CMC ni sebenarnya tempahan Khamis minggu lepas,sangat sibuk tak sempat nak update..bila nak up date..line tak dapat lakk..En.Lazim tempah CMC ni thru Cik Suami sempena birthday isterinya..Terima Kasih Bos !

Tuesday, March 23, 2010

Photo Cakes - Kek dengan Edible Image -- Terbaru di Butter and Vanilla !!!

Salam Sejahtera buat pengunjung setia Butter and Vanilla..Kini diperkenalkan produk terbaru kami selain dari Kek Hantaran dengan Method Steam Buttercream..

PHOTO CAKES - KEK DENGAN EDIBLE IMAGE

Seperti Kek Fondant kan? Inilah kelebihan menggunakan teknik Steam Buttercream..
Sesuai sekali menggunakan teknik ini untuk kek hari jadi kanak kanak, yang mana frostingnya tidak terlalu manis dan kesemua bahagian kek boleh di makan oleh adik adik kecil termasuk Edible Image nya sekali. Ha..berbaloi baloi dengan nilai wang ringgit yang anda keluarkan untuk si kecil yang tersayang.. apa lagi ? Cepat hubungi Nurul di Butter and Vanilla..

Para Pelanggan Yang Dihormati, setiap kek yang dengan permintaan Edible Image akan dikenakan bayaran tambahan kerana image ini perlu di tempah terlebih dahulu dan jika anda mahu gambar anak anda bersama karekter kartun yang disukainya, ditulis nama dsb, bermakna diedit... Bayaran lebih akan dikenakan..sedikit mahal dari Edible Image biasa..

Apa lagi ? Jangan berlengah lagi..ceriakan si manja anda dengan kek yang sedap dan cantik di pandang ini..
Hubungi Nurul di Butter and Vanilla..


PROMOSI...

JUALAN TERHANGAT DI BUTTER AND VANILLA !!!

Sehingga Akhir Bulan Mei 2010..
Butter and Vanilla akan membuat potongan harga untuk Photo Cake - Kek dengan Edible Image..iaitu RM 90 ( kek span vanilla atau coklat berukuran 8 inci ) harga tidak termasuk Edible Image.

Hubungi Nurul di Butter and Vanilla...
Related Posts with Thumbnails