.: AYAT SERIBU DINAR :.

.: AYAT SERIBU DINAR :.
Showing posts with label Premium Cakes. Show all posts
Showing posts with label Premium Cakes. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

::Selamat Bertunang Farrah & Khazril::


Alhamdulillah..selamat sudah akhirnya majlis pertunangan sepupu Cik Suami..iaitu antara Farrah Arwina dan Khazril Shazlin..semoga majlis walimah yang dirancang pada tahun hadapan akan menjadi kenyataan.Insha Allah..dan dengan itu Cik Farrah telah menempah Carrot Cake sebagai hantaran dari pihak lelaki..

9" Heart Shape Carrot Cake + Cream Cheese Topping + Buttercream Decoration + Fondant Alphabet

Testimonial ( via SMS )
*********************
Kak nurul..kek awk sgt sedap..x manis sgt..just nice..tq byk2...next year, awk lagi la nmpk gayenye..hihihi

Oh..terima kasih lahh Cik Farrah..mudah mudahan ya..

Wednesday, June 9, 2010

::Brownies Kukus Lapis Keju::


Sangat Sedappp...
Rasanya tak ubah macam brownies kukus yang Cik Suami pernah beli kat Bandung..tapi yang ni lagi best dan malatopss sebab lapisan kejunya menggunakan 500gm Cream Cheese! Dan lapisan coklatnya pulak menggunakan coklat masakan dengan sedikit serbuk koko tau..Wallaweii..sangat Yummy okayieeee...Mesti buat untuk mak masa balik Mentakab nanti..
Calling2 ehh untuk tempahan....

::Tiramisu yang menawan kalbu..::

 
Tadaaa..
Ha..antara pilihan Cheese Cake yang ada di Butter and Vanilla...
Tiramisu...aduhh..mmg menawan kalbu..
Untuk info semua..di sebabkan Tiramisu jenis Cheese Cake yang kena Chilled bukan Baked..dia mmg cepat melt..risaulah pulak kalau nak kena delivery..atau pun yg nk bwk jarak jauhhh..
Kalau berkenan callin calling ehh..
Nanti kita upload lagi pic cakes ya..kena buat satu satu..

Tuesday, June 1, 2010

::Annur Hazwani Is 2 Years::

Tempahan Kek Carrot Walnut oleh Kak Azida untuk anaknya Annur Hazwani yang ke 2 tahun..Ini yang kali ke dua Kak Ida, tempah kek dari Butter and Vanilla..kali pertama untuk hari jadi anak sulungnya Azni Husniyah..Kek ni pun pick up kat stesen minyak Bhp lepas tol gombak, sebab kitaorang semua nak balik kampung memasing..hehe..Kak Ida Balik Mempaga, kita orang balik Mentakab.
Kek Carrot Walnut ( 8" / 1.8 kg ) + Edible Image + Cream Cheese Topping + Fondant Alphabet + Buttercream Decoration

Terima Kasih Kak, Jumpa lagi.

Testimonial ( via FB )
*******************
 Aida..kek carrot bufday ANNUR HAZWANI mmg sangat sedap..yummy..yummy..yummy..maybe next time we can co-op again..thankz a lot..

Friday, January 8, 2010

::Our Carrot Walnut Cake::

Kek Carrot Walnut adalah menu terbaru Butter and Vanilla...
Kek adalah gabungan parutan lobak merah,walnut cincang dan kismis yang pastinya membuatkan anda akan teringat-ingat selepas menikmatinya..hehe.
Dan yang pastinya, topping atau salutan kek adalah dari cream cheese yang lemak dan tidak terlalu manis..
Yummy..

Kek adalah berukuran 9 inci atau 21 cm.
Jangan lupa hubungi Butter and Vanilla..!
Related Posts with Thumbnails